PUBLIC GOLD PICTURE

Spot Gold Price Charts Update Every Minute Automatically.
HOME - PRODUCT - LOCK - PUBLICGOLD FB - HUKUM - REG DEALER -

Sunday, January 9, 2011

RM6000.00 BOLEH TUNAI HAJI

Haji merupakan Rukun Islam yang ke5 yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Istilah berkemampuan sebenarnya akan menjadi mudah dengan melalui saluran yang bijak.


Saya menggariskan saluran yang bijak kepada semua pembaca. Jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM6000.00 ditangan atau dibank sekarang, sila bertindak dari sekarang. Ikutilah langkah-langkah berikut:

Langkah 1. Daftar Haji dengan Tabung Haji di mana-mana cawangan yang berhampiran atau yang tidak menjadi tumpuan orang ramai. Kalau yang belum ada akaun tabung haji, bukalah terus dan hulurkan RM1300.00 untuk bayaran pendaftaran Jamaah Haji - 5 tahun akan datang. Ini kerana setiap jamaah yang mendaftar hari ini, dijangkakan 5 tahun akan datang baru dipertimbangkan. Begitu juga dengan jamaah haji yang pernah menunaikan haji.

Langkah 2. Baki RM4700 wang ditangan belilah emas (mana-mana emas) atau Bar Public Gold dari dealer yang anda kenali. Contohnya hari ini 10 Disember 2010. Dengan nilai tersebut anda akan dapat memiliki 30gram emas.

Langkah 3. Setelah memiliki emas berkenaan, simpanlah ia dibank atau mana-mana cawangan ar-Rahnu. Simpanlah selama 5 tahun. Ini bermakna tahun 2016 baru boleh berfikir untuk dijual.

Adakah anda mampu tunai haji pada tahun 2017?
Cuba perhatikan cara pengiraannya.
Simpanan Asal          : RM4700.00 (Tahun 2011)
Simpanan Tahun 1    : RM5875.00
Simpanan Tahun 2    : RM7343.75
Simpanan Tahun 3    : RM9179.70
Simpanan Tahun 4    : RM11470.80
Simpanan Tahun 5    : RM14338.50
Jualan Tahun ke 6     : RM17923.10 (Tahun 2017)

ANDAKAH ANDA SUDAH MAMPU TUNAI HAJI. JIKA DITAKDIRKAN TABUNG HAJI MENJEMPUT ANDA MAKA ANDA AKAN BERANGKATLAH TAHUN BERKENAAN MENGADAP ALLAH. Itu baru atas kadar keuntungan 25% setahun. Tetapi keuntungan simpanan emas kebiasaan antara 20 hingga 40% setahun.

No comments:

Post a Comment