PUBLIC GOLD PICTURE

Spot Gold Price Charts Update Every Minute Automatically.
HOME - PRODUCT - LOCK - PUBLICGOLD FB - HUKUM - REG DEALER -

Monday, November 8, 2010

HUKUM DALAM PERNIAGAAN EMAS

Jawapan kepada permasalahan ini adalah berdasarkan situasi rujukan perniagaan Emas oleh Syarikat Public Gold.
URUSNIAGA EMAS ANTARA PEMBEKAL DENGAN DEALER
Situasi 1
1. Tempahan emas PG pada harga emas semasa. Slip tempahan emas akan dicetak.
2. Memasukkan separuh dari jumlah harga emas ke dalam akaun pembekal emas PG. (Contoh : rm40k)
3. Bank keluarkan slip kemasukkan duit ke akaun pembekal emas PG.
4. Lebihkurang seminggu emas akan sampai. Bergantung kepada jumlah tempahan emas. Sekurang-kurangnya 1kg tempahan emas, barulah emas akan dihantar. Kadang-kadang bergantung kepada stok.
5. Bila sampai stok, ada 2 kemungkinan.
i. Gadaian terus dibuat di ar-rahnu. 65% dari gadaian akan diambil dan baki hutang belian emas akan dibayar kepada pembekal. Resit belian akan ditandatangi.
ii. Baki belian emas akan dibayar sepenuhnya mengikut harga yang ditempah. Emas diambil dari pembekal. Resit belian akan ditandatangi.
6. Komisyen 1.5% dari jumlah nilai belian akan diberikan kepada dealer(dealer) setiap 15hb bulan berikutnya.
 JAWAPAN: Situasi ini adalah haram. Kaedah membeli emas sepatutnya hand by hand dalam satu masa. Dalam majlis akad jual beli, serahan emas dan serahan duit atas harga emas semasa berlaku serentak. Ini adalah syariat Islam. Untuk selamat agama kita.

Situasi 2
1. Tempahan emas PG dibuat melalui internet mengikut harga semasa.
2. Slip tempahan dicetak.
3. Duit yang nilainya sama dengan tempahan emas PG dibuat, akan dimasukkan ke dalam akaun pembekal emas PG melalui bank pada hari yang sama.
4. Bank akan keluarkan resit kemasukkan duit simpanan tersebut.
5. Resit tersebut akan difax kepada pembekal.
6. Pembekal akan faxkan resit yang mengandungi penerimaan bayaran dan item-item emas PG yang ditempah.
7. Apabila stok di pihak pembekal ada / tempahan yang dibuat sesuai untuk penghantaran, pembekal akan menghantar emas PG berkenaan.
8. Emas PG akan diambil dari pembekal dan resit penghantaran ditandatangi.
9. Komisyen 1.5% dari jumlah nilai belian akan diberikan kepada dealer(dealer) setiap 15hb bulan berikutnya.

 JAWAPAN: Kaedah membeli emas sepatutnya hand by hand dalam satu masa. Dalam majlis akad jual beli, serahan emas dan serahan duit atas harga emas semasa berlaku serentak. Ini adalah syariat Islam. Untuk selamat agama kita.
Dalam keadaan Dorurah (misalnya duit cash yang perlu dibayar tinggi dan ada risiko keselamatan) jadi boleh di- bank-in dalam masa yang hampir dengan masa penyerahan emas dan pihak pembekal hendaklah segera menyerahkan emas tersebut. Pihak pembekal perlu meyerahkan surat jaminan penghantaran sebaik sahaja menerima penyata bank-in daripada dealer. Ini dikira hand by hand secara hukmi. Dorurah ini janganlah diperluaskan.

URUSNIAGA EMAS ANTARA DEALER DAN PELANGGAN
Situasi 1
1. Customer tempah emas PG pada harga nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Jika stok emas ada, dealer terus jumpa (kadang hari yang sama, kadang-kadang hari berikutnya) customer dan menjualkannya.
3. Jika stok tidak ada, tunggu sehingga ada stok (kadang-kadang seminggu) dengan harga emas yang ditempah sebelum ini
4. Emas PG akan diberikan dan resit akan diberikan.
 JAWAPAN: Boleh di sisi syariat kerana hand by hand dan harga telah dipersetujui bersama.

Situasi 2
1. Customer tempah emas PG pada harga nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Keesokkannya emas dan resit akan diberi kepada customer.
3. Customer akan membuat gadaian di ar-rahnu. 65% dan baki duit akan diserahkan selepas gadaian kepada dealer.
 JAWAPAN: Tidak dibenarkan oleh syariat kerana tidak hand by hand. Ia dalam masa yang tertangguh. Ia adalah riba nasi'ah’.

Situasi 3
1. Customer lock harga pada nilai semasa dengan menelefon atau berjumpa.
2. Customer akan memasukkan duit (separuh atau mengikut harga keseluruhan) ke dalam akaun dealer.
3. Hari yang sama atau beberapa hari selepasnya, dealer akan serahkan emas berkenaan beserta resit customeran.
 JAWAPAN: Tidak dibenarkan oleh syariat kerana tidak hand by hand. Ia dalam masa yang tertangguh. Ia adalah riba nasa’.

Situasi 4
1. Customer lock harga pada nilai semasa dan berjumpa dealer emas.
2. Customer menyerahkan duit mengikut harga yang ditempah.
3. Dealer serahkan emas kepada customer beserta resit.
 JAWAPAN: Dibenarkan oleh syariat kerana dalam masa yang sama.

Situasi 5
1. Customer tempah emas pada harga semasa.
2. Customer membayar emas kepada dealer dan dapatkan emas tersebut.
3. Emas tersebut telah digadai.
4. Hasil gadaian 65% itu telah digunakan untuk membeli lagi emas pada harga yang sama tadi. Duit telah diserahkan sepenuhnya kepada dealer.
5. Selepas emas telah diperolehi, emas tersebut sekali lagi telah digadai.
 JAWAPAN: Tiada halangan dan dibenarkan oleh syariat.

Situasi 6
1. Customer ingin menjual semula emas PGnya.
2. Dealer emas PG boleh membeli semula emas PG berkenaan dengan kadar beza +-5%.
Salah dari segi etika dan jangan diperaturankan. Dalam bentuk tawar menawar dibenarkan. Nilai emas jongkong adalah mengikut harga pasaran dan tidak luntur oleh pertukaran tangan.
Apakah hukum urusniaga emas seperti di atas?.
Bagaimana cara yang sebetulnya mengikut syariah Islam?.
3. Apakah yang patut dibuat oleh dealer dan customer terhadap emas yang telah dimiliki.
 JAWAPAN: Taubat dan istiqhfar.

Dipetik dari :
http://ubaidi-emas999gold24k.blogspot.com/2009/11/soal-jawap-urusniaga-emas-dalam-islam.html

3 comments:

  1. tahniah diatas penulisan anda yang di petik dari blog orang...benar ada beberapa urusniaga yg bercanggah dengan islam...

    baik untuk makluman anda dan para pembaca..
    saya pernah mengutarakan soalan sebegini kepada udzar dalam rancangan tanyalah ustaz di tv9..
    jalan yang paling baik adalah dengan mengenakan bayaran deposite.
    nilai deposite adalah tidak tetap bergantung kepada harga dan keadaan nilai barang
    begitu jugak dengan urusan dengan PG..
    tahukan saudara PG ada mengenakan deposite sebanyak 10%-25% keatas tempahan emas?jika tak tahu saya akan ceritakan

    apabila anda hendak membeli emas.jika emas tiada stock dicawangan untuk akad harga..akad harga ye bukan akad emas lagi...jadi pelangan dikehendaki membayar duit deposite biasanya jika emas bernilai RM20k dikenakan 10% dari harga..pelangan kena bayar kepada pg sebagai komitmen dan akad setuju harga kerana harga berubah, kemudian apabila dah ada stock pelan bolehlah membayr penuh kepada PG semasa mengambil stock...tapi oleh kerana keselamat, pihak PG menasihati pelangan agar bank in dahulu sebelum datang ..datang ke PG dengan bawa slip bank ganti wang kertas kita...resit bank adalah surat jaminan mengantikan wang kertas, serupa dengan kredit card, debit card, bon dan buku cek.

    apabila sampai di PG..baru akad emas, kerana dalam resit yg akan kita tanda tanggan dah ada akad urusan jual beli

    dari segi jual balik..apa-2 pun adalah persetujuan diantara pemilik emas dan dealer PG...lihat
    kalau pemilik emas itu datang kepada dealer pg dan nak menjual emasnya...dealer akan kata..saya ikut harga buyback..setuju tak..pemilik emas kena ikut kehendak dealer pg sebab pemilik emas yang cari dealer pg ...berbanding dengan dealer pg cari pemilik emas..pemilik emas boleh letakkan harga sesuka hati sebab bukan pemilik emas yang cari dealer...begitu juga situasi di semua kedai emas..sebab tue kedai emas menyatakan yang mereka sanggup membeli emas terpakai dengan harga tinggi...sebab mereka cari..cuba kita sendiri yang pergi dan offer nak jual emas..dia akan ikut harganya..dalam pg dah adala tawar menawar..cuma tawaran adalah terhad..kalau tak setuju dengan harga..tak perlu berurusniaga..cari orang lain..mudah saja..
    ini yang diamalkan..kepada anda para pembaca yang baru dalam bidang ini sila rujuk kepada yang lebih arif..macam dealer-2 baru PG sila rujuk dengan introducer anda..

    jika ada kemuskilan boleh hubungi saya..0134353317
    yang haram harus dijauhi..yang halal kita dekati

    ReplyDelete
  2. Saya setuju, dan itulah cara yang sebetulnya

    ReplyDelete
  3. Tidak diterangkan cara transaksi mengenai penjualan balik emas..masa customer menjual balik emas ke PG dgn harga yg disepekati, katakan RM8K, adakah pihak PG akan beri wang cash/bank in dlm satu majlis akad(on the spot)?..atau pembayaran hanya dibuat oleh pihak PG mengambil masa 1-2 hari utk diproses?..bagaimana dgn status konsep riba nasa' dlm hal ini kerana terdapat penangguhan bayaran kpd customer?..

    ReplyDelete