PUBLIC GOLD PICTURE

Spot Gold Price Charts Update Every Minute Automatically.
HOME - PRODUCT - LOCK - PUBLICGOLD FB - HUKUM - REG DEALER -

Tuesday, November 16, 2010

سلامت هاري راي عيد الأضحى

Salam Idul Adha kepada semua peminat emas, Sambil kita merayakan hari yang berkat ini saya lampirkan di sini orang yang telah membina Pintu Kaabah. Beliau ialah SHEIKH Ahmad bin Ibrahim Badr, merupakan tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah. Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu. Beliau meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah pada hari Jumaat pada bulan November tahun 2009.

Sheikh Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.

Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Mereka mengadun pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.

No comments:

Post a Comment